
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| Hari Pertama, Kem 1M1S Assalamualaikum, hyeee! Tau tak, hari Selasa (11 September) kan, kitee, Hidayah, Izzat dengan Najhan pergi kem 1M1S. Mula-mula datang tu kan, takut gila sebab tak tau dorm dekat mana. Lepastu takut takde kawan. Masa nak naik bilik jee kan, ade dua orang budak perempuan ni datang dekat kitee dengan Hidayah. Lepastu diorang tanya, " Dorm Melati dekat mana? ", lepastu kitorang terkejut sebab kitorang pun cari Dorm Melati. Kitorang pun kata lah, " Tak tau lahh. Korang pun Dorm Melati jugak kee? ", lepastu diorang kata, " Ha'ah ". Whoaa kebetulan lahh. Hahha kitorang pun cari lah dorm tu sama-sama. Lepastu kitorang dah jumpee Dorm Melati. Tadaaaa! Dah sampai ! Masuk jee bilik, masing-masing rebut katil. Lepastu kitorang pun mulalah buat ' sesi pengenalan diri ', hahahha. Kitee tanye, " Nama awak sape? ", dyee jawab, " Aisyah ". Pastu kitee kate lah " Ohh, yang satu lagi tu? ", " Ain ". Hm, Aisyah dengan Ain. Yeay dapat kawan baru ! Tengok muka pun dah tau yang dorang ni peramah. Lepastu kan,, tetibe ade dua orang budak cina masuk dorm kitorang. Laaa, kitorang satu bilik dengan budak cina lahh. Kalau cmtu, buat lah baru. 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia. Heee. Kitee sempat tanye nama sorang jee budak cina. Tan Hui Ping. Yang lain tu, kitee taktau. Hehehhe. Ehh, ade lagi dua orang budak perempuan lahh dr Sk Seri Fajar. Aik ?? Muka budak perempuan ni macam Kathryn Bernardo (Mara) dekat dalam cerita Mara Clara Tv3 tu. Hahahha. Cantik, comel. Nama dyee Arifah. Yang sorang lagi tu nama dyee, Ellysha. Ohh lupa pulak, yang Ain dengan Aisyah tu dr Sk Taman Bunga Raya 2. Time tu kitorang tak cakap sangat. Yelaah, malu lah. Lepastu kitorang pun turun, minum petang, solat asar, pastu ade aktiviti dengan padang. Ade 'Ice Breaking'. Best tau. Hahha lepastu buat persiapan diri. Haa, kitorang dibahagikan kpd 5 kumpulan, Kumpulan Bola Sepak, Hoki, Badminton, Bola Jaring dengan Sepak Takraw. Kitee kumpulan Hoki, hm sedih. Yelaaah. Kitee manelah suka sangat maen hoki. Nak bola sepak ataupun bola jaring. Haish nasib -.- Tapi tkpee, kitee satu kumpulan dengan Arifah, Tan Hui Ping dengan Najhan. Nama ahli kumpulan kitee, Arifah, Azwin, Najhan, Syakirah, Alia, Tan Hui Ping, Syamil (Ketua), Iman, Akmal, Sathiswarma, Shartini, Anis dan .. tak ingat nama dyee. Hahha budak lelaki, cina. Manelaah ade masa nak cakap-cakap dengan dyee. Wehh, ade dua orang budak lelaki ni, handsome (Y) Satu kumpulan dengan kitee tau, hahha. Ade jugak budak lelaki handsome dekat kumpulan lain. Ehh, tapi kitee tak sukee tau? Hahha okaay lah, kitee taknak laah cerita banyak sangat pasal hari pertama ni sebab hari pertama ni tak best sangat. Masing-masing tak kenal kann. Okaay babai ! Assalamualaikum. |